comscore
Tumpuan :
Dunia

Ribut salji di AS korbankan 22 nyawa

AMERIKA SYARIKAT: Ribut salji yang melanda sebahagian negeri Amerika Syarikat meragut 22 nyawa dengan angka kematian tertinggi dicatatkan di Ohio.

Luruan angin sejuk dari utara membawa taburan salji tebal serta angin kencang dengan suhu jatuh sehingga negatif 30 darjah celcius di kawasan tertentu.

Lebih 315,000 premis perniagaan dan kediaman penduduk terputus bekalan elektrik susulan tiang elektrik tumbang.

Kawasan tertentu di New York menerima taburan salji tebal melebihi 60 sentimeter menjadikan jarak penglihatan turun hampir kepada sifar.

Angin kencang sehingga lebih 104 kilometer sejam menjadikan suhu di daerah sama jatuh di bawah kosong darjah celcius.

Ratusan pengguna jalan raya dilaporkan terkandas, termasuk 500 pemandu di daerah Erie.

Di lokasi teruk terjejas, pasukan penyelamat juga berdepan kesukaran selepas terkandas dalam salji tebal.

Loading...
Terkini