
AMERIKA SYARIKAT: Ribut salji melanda Pantai Teluk AS dengan sebahagian kawasan di Florida Utara diselimuti salji pada hari Selasa (21 Januari).
Rakaman dari Panama City menunjukkan salji turun di kawasan pantai dan disaksikan oleh orang ramai.
Media tempatan menyifatkan ribut itu sebagai bersejarah apabila Gabenor Ron DeSantis mengisytiharkan Darurat Negeri sebagai tindak balas susulan ribut yang melanda.
Sekolah di beberapa kawasan telah dibatalkan, dan perniagaan ditutup.
Ribut salji di Pantai Teluk A.S. ini mencatatkan rekod taburan salji lebih daripada satu abad di wilayah selatan yang jarang mengalami salji, ketika sebahagian besar Amerika Syarikat masih dilanda suhu rendah yang berbahaya.
Amaran ribut salji dikeluarkan untuk 31 juta orang – dari Texas selatan ke timur melalui Georgia dan utara ke Carolinas hingga ke Virginia – sehingga pagi Rabu (22 Januari), menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan.
Ribut ini dijangka bergerak perlahan melalui Mississippi, Georgia, dan Florida pada awal minggu ini. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.