Tumpuan :
Dunia

Ribut Tropika Toraji: Sekolah dan premis perniagaan di Hong Kong ditutup

FOTO: Reuters

HONG KONG: Banyak sekolah dan operasi perniagaan terpaksa ditutup di Hong Kong selepas Ribut Tropika Toraji melanda pusat kewangan ketiga dunia itu.

Pihak berkuasa mengeluarkan amaran taufan ketiga tertinggi sejak semalam apabila ribut itu membadai kira-kira 150 kilometer ke selatan hab kewangan itu.

Menurut Balai Cerap, ribut tropika itu dijangka menjadi lemah dan bergerak menjauhi Hong Kong dengan angin menjadi sederhana secara beransur-ansur pada siang.

Katanya, amaran angin kencang akan diturunkan kepada isyarat tiga daripada lapan pada 10.20 pagi.
Ini akan membolehkan operasi perniagaan dibuka semula sepanjang hari.

Dalam pada itu, jalan raya kelihatan lengang dan kerosakan minimum berlaku di pusat bandar.

Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Hong Kong berkata, operasi dan penerbangan berjalan seperti biasa.

Biasanya semasa isyarat taufan lapan, pengangkutan sangat berkurangan dan orang ramai dinasihatkan untuk tinggal di dalam.

Pasaran saham bandar raya itu kekal dibuka pada pagi Khamis buat kali pertama semasa taufan.

Toraji, yang bermaksud bunga cantik mekar tanpa disedari, biasanya di pergunungan dalam Korea adalah salah satu daripada empat ribut yang muncul pada masa sama di barat Pasifik Utara dan Laut China Selatan, pada bulan ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini