comscore
Tumpuan :
Dunia

Rundingan baharu gencatan senjata Gaza minggu depan

FOTO: Reuters

TEL AVIV: Bagai mengelak daripada memberi kerjasama, Israel masih meletakkan jurang dengan langkah Hamas berkenaan cara terbaharu bagi mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan.

Bagaimanapun, rejim itu akan mengutus delegasi untuk rundingan baharu di Doha, Qatar minggu depan.

Kenyataan daripada jurucakap Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu itu dibuat selepas delegasi yang diketuai ketua agensi perisikan Israel, Mossad, David Barnea, mengadakan rundingan pusingan pertama dengan pengantara di Doha pada Jumaat.

Menurut Barnea, Israel bersetuju menghantar perundingnya ke Doha untuk meneruskan rundingan, namun masih memberi alasan terdapat jurang antara pihaknya dengan Hamas.

Keganasan yang berlarutan memasuki bulan kesembilan di Gaza sejak penghentian perang selama seminggu pada November tahun lalu, yang menyaksikan 80 tebusan Israel dibebaskan sebagai balasan kepada 240 warga Palestin yang ditahan di penjara Israel.

Amerika Syarikat (AS), yang bekerjasama dengan Qatar dan Mesir dalam usaha untuk menjadi perantara perjanjian, membincangkan kepentingan keputusan Netanyahu untuk menghantar delegasi ke Qatar.

Seorang pegawai kanan berkata, AS percaya Israel dan Hamas mempunyai ‘cadangan pembukaan yang ketara’ bagi mencapai persetujuan.

Presiden AS, Joe Biden, mengumumkan syor perjanjian gencatan senjata pada Mei lalu, yang dikatakan dicadang oleh Israel.

Ia termasuk gencatan senjata selama enam minggu, pengunduran Israel dari pusat penduduk Gaza dan pembebasan tebusan oleh pejuang Palestin.

Perbincangan itu kemudian terhenti, namun pegawai AS itu pada Khamis, berkata cadangan baharu daripada Hamas ‘memajukan proses ke hadapan dan mungkin cukup berasas untuk menutup perjanjian’, dan ‘kerja yang penting’ tetap kekal.

Osama dalam pada itu berkata, rundingan Doha akan menjadi ujian untuk pentadbiran AS bagi melihat kesediaannya memberi tekanan kepada entiti Zionis bagi menerima idea yang dicadangkan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini