Tumpuan :
Dunia

Rundingan buka sempadan Rafah untuk bawa masuk bantuan ke Gaza

GAZA: Usaha untuk membuka sempadan Rafah bagi membolehkan bantuan antarabangsa masuk ke gaza sedang dijalankan.

Ketika ini Mesir sedang bersiap sedia untuk membawa masuk sejumlah besar bantuan susulan Perjanjian Gencatan Senjata Gaza yang dicapai antara Israel dan Hamas.

Sempadan Rafah ditutup sejak Mei, apabila tentera Israel merampas kawasan itu dan menutup lintasan yang terletak di bahagian Palestin.

Mesir berulang kali menyatakan ia hanya mengiktiraf Pihak Berkuasa Palestin bagi menguruskan lintasan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini