
QATAR : Rundingan damai antara Hamas dan israel bersambung semula di Doha.
Wakil Israel bakal bertemu wakil Qatar dan Mesir yang diketuai oleh Perdana Menteri Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani.
Pegawai Kanan Israel dipetik berkata, rundingan itu agak kompleks dan dijangka akan memakan masa yang lama
Dalam pada itu serangan bertali arus tentera rejim ke atas Rafah meragut 14 nyawa termasuk kanak-kanak
Sasaran ke atas dua kediaman dan sebuah pangsapuri itu turut mengakibatkan sejumlah yang lain cedera
Bedilan tentera rejim ke atas sebuah pangsapuri di Gaza City pula menyaksikan sejumlah penduduk maut atau cedera
Manakala di bedilan ke atas sebuah kediaman di Jabalia meragut lapan nyawa termasuk kanak-kanak.
Di Tebing Barat pula, tentera rejim turut menahan tiga warga Palestin di daerah Qalqiya – AL JAZEERA