comscore
Tumpuan :
Dunia

Rundingan gencatan senjata Gaza bersambung dalam tempoh terdekat?

FOTO: Reuters

KAHERAH: Rundingan gencatan senjata segera di Gaza dijangka bersambung semula selepas sambutan Hari Easter, berkemungkinan besar dalam tempoh terdekat.

Perkara terbabit dimaklumkan oleh stesen penyiar Mesir, Al Qahera yang memetik sumber keselamatan tempatan.

Menurut sumber berkenaan, delegasi Israel akan tiba ke Kaherah dalam tempoh terdekat.

Namun, pegawai Hamas pula memaklumkan kepada Reuters bahawa mereka ingin meneliti dahulu tawaran Israel sebelum membuat sebarang keputusan.

Hamas dikatakan kekal teguh dengan pendirian mereka sebelum ini, akhiri perang dan Israel tinggalkan Gaza.

Selain itu, Hamas turut mahukan semua penduduk utara Gaza yang dipaksa berpindah ke selatan, dibenar pulang semula ke kediaman masing-masing.

Israel bagaimanapun hanya bersetuju untuk mempertimbang sebahagian sahaja penduduk Palestin kembali ke utara Gaza.

Setakat ini, lebih 32,000 penduduk Palestin menjadi korban kerakusan Israel di Gaza sejak 7 Oktober lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini