comscore
Tumpuan :
Dunia

Rusia arah tentera berundur dari Kherson

Jeneral Sergei Surovikin. – Foto: AP

RUSIA: Rusia mengarahkan pengunduran tenteranya dari bandar Kherson, Ukraine.

Pengunduran dari kiri tebing sungai Dnipro itu juga dilihat satu tamparan hebat buat Rusia yang berdepan serangan balas tentera Ukraine.

Jeneral Sergei Surovikin dalam satu siaran televisyen media tempatan berkata, keputusan itu adalah sesuatu yang sukar untuk dibuat.

Menurut Surovikin lagi, adalah mustahil untuk terus mengekalkan keperluan mereka di Kherson.

Malah situasi semasa juga telah dinilai secara menyeluruh sebelum keputusan dibuat.

Tambahnya lagi, keputusan itu juga penting untuk memastikan nyawa angkatan tentera mereka terus terjamin.

Satu lagi aspek yang dipertimbangkan adalah kemampuan ketenteraan secara keseluruhan yang dilihat kurang berkesan dalam kawasan yang terhad di Kherson

Hasil penilaian dan cadangan itu juga dipersetujui Menteri Pertahanan, Rusia Sergei Shoigu .

Presiden Vladimir Putin yang mengumumkan pencerobohan ke atas Kherson pada September lalu bagaimanapun tidak terbabit dalam pengumuman itu.

Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dalam satu kenyataan berkata, tindakan pengunduran itu jelas memperlihatkan Rusia berdepan masalah dalam peperangan.

Beliau yang ditemui media selepas pengundian pilihan raya pertengahan penggal berharap, bidang dasar luar negara itu akan meneruskan pendekatan dwipartisan dalam isu pencerobohan Rusia di Ukraine. – BBC

Loading...
Terkini