comscore
Tumpuan :
Dunia

Rusia dikatakan sedang rancang jatuhkan kerajaan Moldova

FOTO: AFP

WASHINGTON: Rusia dikatakan sedang merancang secara sulit untuk menjatuhkan kerajaan Moldova dengan mencetuskan bantahan yang diharap akan membawa kepada rampasan kuasa.

Menurut perisikan Amerika Syarikat (AS), Kremlin sedang berusaha untuk melemahkan kerajaan Moldova dengan matlamat untuk melihat perubahan pentadbiran, lapor Agensi Anadolu.

“Rusia sedang berusaha untuk mengadakan dan menggunakan protes di Moldova sebagai asas untuk mencetuskan pemberontakan terhadap kerajaan Moldova,” kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS John Kirby kepada pemberita pada Jumaat.

Kerajaan Moldova menentang keras Rusia, sebahagiannya disebabkan pertikaian mengenai wilayah yang dikawal oleh pemisah pro-Rusia. Transnistria diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Moldova tetapi ia berada di bawah kawalan pihak pemisah sejak pembubaran Kesatuan Soviet pada 1990-an.

Kirby berkata, walaupun aktiviti Rusia di Georgia disifatkan tidak “membimbangkan” tetapi ia tidak boleh dipandang ringan.

“Kami akan terus memberikan sokongan padu. Walaupun ada yang cuba menunjukkan berlaku ketidakstabilan, pegawai Rusia cuba menyemai kekeliruan tentang kestabilan Moldova,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada dakwaan “tidak berasas” dan “palsu” dari Moscow bahawa Ukraine sedang bersedia untuk menyasarkan Transnistria. – BERNAMA

Loading...
Terkini