comscore
Tumpuan :
Dunia

Rusia tambah anggota tentera, kali ketiga sejak serang Ukraine

FOTO: Reuters

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin, mengarahkan tentera negara itu menambah 180,000 anggotanya, kepada sejumlah 1.5 juta askar aktif.

Kenyataan yang diterbitkan di laman sesawang rasmi kerajaan itu berkuat kuasa pada 1 Disember ini, menjadikan saiz keseluruhan angkatan tentera meningkat kepada 2.38 juta.

Menurut data badan pemikir tentera terkemuka, Institut Kajian Strategik Antarabangsa (IISS), peningkatan sedemikian menjadikan Rusia memiliki lebih ramai askar tempur yang aktif berbanding Amerika Syarikat (AS) atau India.

Arahan itu menandakan kali ketiga Putin mengembangkan barisan tentera sejak melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine pada Februari 2022.

Keputusan itu dibuat ketika tentera Rusia terus maju di timur Ukraine dalam gerakan menolak tentera Ukraine keluar dari wilayah Kursk, Rusia.

Pada Jun lalu, Putin meletakkan bilangan tentera yang terbabit dalam pertempuran di Ukraine kepada hampir 700,000 anggota.

Selepas memanggil 300,000 pasukan simpanan dalam menghadapi serangan balas Ukraine pada akhir 2022, Russia kemudian bergantung kepada askar rekrut sukarela dengan menawarkan gaji yang agak tinggi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini