comscore
Tumpuan :
Dunia

Rusuhan Penyokong, Anggota Polis Turut Terkorban

Foto: Reuters

JAKARTA: Dua anggota polis antara 127 yang terkorban dalam rusuhan penyokong ketika aksi Liga 1 Indonesia antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan, Malang.

Penyokong Arema yang tidak berpuas hati selepas pasukan mereka tewas 3-2, menceroboh ke dalam padang dan memaksa anggota polis menembak gas pemedih mata.

Ia adalah kekalahan pertama Arema kepada seteru utama itu dalam tempoh lebih dua dekad.

Foto: AFP

Tembakan gas pemedih mata menyebabkan penyokong bertempiaran lari sehingga ada yang terkorban akibat terjatuh dan dipijak.

“Dalam insiden itu, seramai 12 orang terkorband, dua daripadanya adalah anggota polis. 34 orang mati di dalam stadium dan selebihnya di hospital.

“Mereka berebut-rebut keluar melalui satu pintu sahaja. Akibat terlalu sesak, ada yang tidak dapat bernafas dan tidak cukup oksigen,” kata ketua polis Jawa Timur, Nico Afinta.

https://youtu.be/xP37dFdr-MU

Kerajaan Indonesia turut kesal di atas insiden berkenaan dan berjanji akan melakukan siasatan terperinci.

“Kami kesal di atas insiden ini, ia berlaku ketika kita boleh kembali menonton bola di stadium.

“Kami akan menyiasat penganjuran perlawanan ini serta jumlah kehadiran penyokong. Kita juga akan membincangkan berkenaan larangan ke atas penyokong untuk hadir ke stadium,” kata Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Zainudin Amali. – AFP

Loading...
Terkini