comscore
Tumpuan :
Dunia

Rusuhan Penyokong Di Indonesia, 127 Maut

MALANG, Indonesia: Rusuhan penyokong ketika perlawanan Liga 1 Indonesia antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan, Malang mengakibatkan 127 nyawa terkorban.

Penyokong kedua-dua kelab berkenaan bertempur selepas Arema tewas 3-2 dalam perlawanan di Malang, Jawa Timur.
Ketua pejabat kesihatan Malang, Wiyanto Wijoyo berkata, setakat ini dilaporkan angka korban mencecah 127 orang. Pihak berkuasa masih mengenal pasti jumlah mangsa yang cedera.

Pergaduhan bermula selepas ribuan peminat Arema masuk ke dalam padang susulan kekalahan pasukan mereka.

Pemain-pemain Persebaya segera meninggalkan padang, tetapi pemain Arema yang masih berada di atas padang turut diserang.

Menurut laporan, kematian turut berpunca daripada tindakan pihak polis melepaskan gas pemedih mata sehingga menyebabkan situasi menjadi kelam-kabut.

Liga Indonesia digantung selama seminggu susulan insiden berkenaan.—BERITA HARIAN

Loading...
Terkini