comscore
Tumpuan :
Dunia

Rusuhan Penyokong, Jokowi Arah Semak Semula Tahap Keselamatan Bola Sepak

Foto: AP

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) mengarahkan semakan keselamatan perlawanan bola sepak negara itu selepas 129 orang terbunuh dalam rempuhan yang dicetuskan oleh pertempuran antara penyokong dan polis ketika aksi Liga 1 Indonesia antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan, Malang.

Jokowi dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen berkata, menteri sukan dan belia negara, ketua polis negara dan ketua persatuan bola sepak Indonesia diarah ‘menjalankan penilaian menyeluruh terhadap perlawanan bola sepak dan prosedur keselamatan’.

Sementara itu, Gabenor Jawa Timur mengumumkan bahawa keluarga mangsa akan menerima 15 juta rupiah (RM4,554) sebagai pampasan.

Khofifah Indar Parawansa berkata, kerajaan wilayah akan memberikan 10 juta rupiah (RM3,014) dan daerah akan memberikan lima juta rupiah (RM1,502).

“Ini adalah sebahagian daripada empati kami kepada keluarga mangsa,” katanya.

https://youtu.be/IKLR4m67Za4

Penyokong kedua-dua kelab berkenaan bertempur selepas Arema tewas 3-2 dalam perlawanan di Malang, Jawa Timur.

Pergaduhan bermula selepas ribuan peminat Arema masuk ke dalam padang susulan kekalahan pasukan mereka.

Ketua Pejabat Kesihatan Malang, Wiyanto Wijoyo berkata, setakat ini dilaporkan angka korban meningkat kepada 129 orang manakala 180 lagi cedera.

Menurut laporan, kematian turut berpunca daripada tindakan pihak polis melepaskan gas pemedih mata sehingga menyebabkan situasi menjadi kelam-kabut.

Liga Indonesia digantung selama seminggu susulan insiden berkenaan. – AFP

Loading...
Terkini