comscore
Tumpuan :
Dunia

Saintis China bangunkan bateri pengecasan pantas 10 minit

Foto: Agensi

WUHAN: Sekumpulan saintis China membangunkan sejenis bateri litium-ion yang mampu mencapai tahap pengecasan hingga 90 peratus pada telefon bimbit dalam masa hanya 10 minit, lapor Xinhua.

Para penyelidik dari Universiti Sains dan Teknologi Huazhong menguji kapasiti bateri hingga mencapai 80 peratus dalam tempoh enam minit dan 91.2 peratus dalam tempoh 10 minit.

Dalam senario dengan kadar pengecasan enam minit, kapasiti bateri kekal pada 82.9 peratus untuk lebih 2,000 kitaran, menurut kajian itu.

Bateri itu menampilkan sifat elektrokimia yang lebih baik, boleh dihasilkan dengan cara yang mudah dan kos efektif, sekali gus mempunyai potensi pasaran yang luas, kata para penyelidik. – BERNAMA-XINHUA

Loading...
Terkini