comscore
Tumpuan :
Dunia

Salah satu studio tertua di dunia musnah terbakar

GIZA: Studio Al-Ahram yang juga salah satu studio tertua di dunia musnah dalam kebakaran di Giza, Mesir.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian yang berlaku awal pagi itu.

Api yang merebak dengan cepat mengakibatkan beberapa blok bangunan yang terletak bersebelahan turut terbakar.

Anggota bomba mengambil masa lebih 5 jam untuk memadam kebakaran studio yang diasaskan pada tahun 1944 ini.

Penduduk berhampiran dipindahkan sebagai langkah keselamatan dengan sebilangan mangsa mengalami sesak nafas selepas terhidup asap tebal.

Perdana Menteri, Mostafa Madbouly meninjau kawasan kebakaran bersama pegawai lain bagi penilaian kerosakan.

Punca sebenar masih dalam siasatan.

Studio Al-Ahram yang merangkumi peringkat tayangan, penyuntingan dan penerbitan telah menghasilkan beberapa filem dan siri televisyen sejak 80 tahun lalu. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini