comscore
Tumpuan :
Dunia

Satelit angkasa kembali ke atmosfera bumi selepas hampir 30 tahun

Imej satelit European Remote Sensing 2 ESA (ERS-2) yang dikesan oleh kamera satelit lain milik Australia HEO ketika jatuh dan memasuki semula atmosfera bumi. – FOTO: Australia HEO

LONDON: Sebuah satelit yang telah berada di orbit selama hampir 30 tahun memasuki semula atmosfera Bumi pada Rabu, kata Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Satelit European Remote Sensing ERS-2 jatuh di Lautan Pasifik Utara di suatu tempat antara Alaska dan Hawaii kira-kira 5.17 petang GMT.

ERS-2 telah dilancarkan pada 1995 menyusuli satelit ERS-1 yang telah dilancarkan empat tahun sebelumnya.

Kedua-dua satelit ERS berkenaan merupakan satelit pemerhati bumi paling canggih yang pernah dibangunkan pada ketika itu.

Pada 2011, ESA menghentikan operasi ERS-2 dan memulakan proses penyahorbitan.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya, ERS-2 mengumpul data mengenai ais di kutub yang semakin berkurangan, perubahan permukaan tanah, peningkatan paras laut, pemanasan lautan dan kimia atmosfera.

ERS-2 turut digunakan untuk memantau bencana alam seperti banjir dan gempa bumi di bahagian terpencil dunia. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini