GUANGDONG: Satu-satunya pasangan kembar tapir Brazil di dunia membuat penampilan sulung di Taman Safari Chimelong di Guangzhou, Wilayah Guangdong di selatan China pada hari Jumaat.
Gelagat meriah dan comel haiwan yang masing-masing dengan berat 8.9 kilogram dan 8.7 kilogram itu mencuri perhatian pengunjung.
4 September lalu, seekor tapir Brazil betina melahirkan pasangan kembar berkenaan, dengan anak tapir jantan seberat 7.2 kilogram dan betina 7.1 kilogram.
Tapir Brazil yang juga mamalia darat asli terbesar di Amazon dikenali sebagai tapir dataran rendah, adalah spesies berkuku besar dari Amerika Selatan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.