Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Saya tidak melakukan jenayah berkaitan dadah – G-Dragon

Foto: Reuters

INCHEON: Bintang K-pop, G-Dragon, dari kumpulan BIGBANG menafikan sebarang salah laku ketika hadir untuk disoal siasat polis berhubung dakwaan penyalahgunaan dadah.

G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji-yong, tiba di balai polis Incheon Nonhyeon dengan sedan hitam dan memakai sut gelap.

“Saya tidak melakukan jenayah berkaitan dadah dan saya akan bercakap yang sebenarnya,” kata lelaki berusia 35 tahun itu kepada pemberita di luar.

Tahun ini, Presiden Yoon Suk Yeol menggesa langkah yang lebih ketat untuk menghapuskan pengedar dadah memandangkan negara itu masih belum “bebas dadah”.

Korea Selatan juga mempunyai undang-undang yang sangat ketat mengenai dadah, malah rakyat Korea yang mengambil dadah seperti ganja secara sah di luar negara berisiko didakwa apabila pulang ke negara asal mereka.

Selepas disoal siasat selama hampir empat jam, G-Dragon berkata, dia diuji negatif dadah dan mengemukakan permintaan segera untuk ujian yang lebih terperinci.

“Saya rasa ada baiknya agensi penyiasat menyatakan keputusan dengan cepat dan tepat.

“Saya secara aktif bekerjasama dengan penyiasatan, sama ada memberi keterangan atau menyerahkan rambut. Saya menjawab dengan jujur,” katanya.

G-Dragon adalah penghibur terbaharu Korea Selatan yang disiasat atas dakwaan menggunakan dadah.Sebelum ini, dia juga disiasat kerana menggunakan ganja pada tahun 2011, tetapi dibebaskan tanpa dakwaan.

Kumpulan BIGBANG ialah antara satu kumpulan lelaki paling berjaya di Korea Selatan, menjual sekurang-kurangnya 140 juta rekod di seluruh dunia sejak penampilan sulung pada tahun 2006.

Namun, ahlinya sering menjadi tumpuan kerana salah laku. – REUTERS

Loading...
Terkini