comscore
Tumpuan :
Dunia

Sekolah ditutup di Manipur, India susulan hujan lebat

FOTO: Reuters

NEW DELHI: Semua institusi pendidikan, termasuk sekolah dan kolej akan kekal ditutup di negeri Manipur, timur laut India sehingga Selasa berikutan hujan lebat dan ribut petir, kata Ketua Menteri negeri, N. Biren Singh pada Isnin, lapor Xinhua.

Hujan tanpa henti dilaporkan melanda negeri itu sejak dua hari lepas, menjejaskan kehidupan seharian penduduk.

Beberapa rumah dan kenderaan rosak di pelbagai bahagian negeri, termasuk Canchipur dan Tera di daerah Imphal Barat, dengan hujan batu merosakkan bumbung kediaman, lapor akhbar The Hindu.

“Saya menggesa semua untuk kekal mengikuti perkembangan dan kekal selamat di dalam rumah. Kerajaan negeri mengambil semua langkah yang perlu untuk melindungi nyawa dan harta benda serta membantu mereka yang terjejas,” tulis Singh di X. – BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini