comscore
Tumpuan :
Dunia

Sekolah membisu, keluarga kanak-kanak buta dicucuk lidi oleh rakan guna khidmat peguam

JAWA TIMUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di Jawa Timur, Indonesia, disahkan buta mata kanan selepas rakannya mencucuk lidi bakso iaitu sejenis bebola daging.

Kejadian yang berlaku pada 17 Ogos lalu, bagaimanapun di tutup oleh pihak sekolah dan tiada tindakan lanjut ke atas si pelaku.

Pihak sekolah juga enggan membuka rakaman kamera litar tertutup CCTV bagi keluarga mangsa melihat kejadian sebenar.

Susulan kejadian itu, keluarga mangsa mendapatkan khidmat peguam untuk prosedur mendapatkan keadlian.

” Kami sudah menyerahkan maklumat dan nama pelaku kepada pihak polis’, kata peguam mangsa kepada media hari ini.

Media sebelum ini melaporkan punca pelaku berang hingga mencucuk lidi bakso ke mata mangsa kerana mangsa enggan membayar wang saku yang diminta.

Tusukan itu menyebabkan saraf mata mangsa rosak dan kini dia juga masih dalam keadaan trauma.

Loading...
Terkini