comscore
Tumpuan :
Dunia

Sekurang-kurangnya 4 maut, 20 hilang dalam kebakaran bangunan di Sepanyol

Foto: Reuters

MOSCOW: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh, 14 cedera dan 20 lagi hilang dalam kebakaran sebuah bangunan bertingkat di Valencia, timur Sepanyol, Sputnik memetik laporan media pada Khamis.

Akhbar 20minutos yang memetik Timbalan Pengarah Kecemasan Komuniti Valencia, Jorge Juarez melaporkan, sekurang-kurangnya 13 orang, termasuk enam anggota bomba, telah cedera dalam kebakaran yang berlaku di tingkat empat bangunan 14 tingkat di Valencia.

Buat masa ini seramai 20 anggota bomba cuba memadamkan kebakaran itu

Akhbar Levante-EMV memetik Juarez sebagai berkata empat orang telah terbunuh dan 20 lagi hilang akibat kebakaran itu.

Akses ke bangunan itu masih mustahil dan penyelamat tidak menolak kemungkinan bangunan berkenaan akan runtuh. Akhbar itu menyifatkan kebakaran itu sebagai yang terbesar dalam sejarah Valencia.

Bencana itu turut disiarkan secara langsung di beberapa rangkaian televisyen Sepanyol, dengan rakaman menunjukkan seorang penduduk melompat dari balkoni di tingkat pertama ke atas kusyen berisi udara yang diletakkan oleh pasukan bomba, lapor Xinhua.

Sementara itu, Perdana Menteri Sepanyol menerusi hantaran di X berkata beliau terkejut dengan kebakaran bangunan yang dahsyat di Valencia dan menyatakan solidaritinya kepada penduduk terjejas. – BERNAMA-AGENSI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini