Tumpuan :
Dunia

Sekurang-kurangnya 4 maut dalam serangan rejim Bashar di Syria

SYRIA: Empat terkorban dalam serangan rejim Presiden Bashar al-Assad di beberapa wilayah di Syria.

Seorang terbunuh manakala tiga lagi cedera termasuk seorang kanak-kanak dalam bedilan udara pesawat tentera di Idlib.

Pasukan Kecemasan White Helmet bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

Usaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap giat dijalankan.

Juga terdapat laporan serangan artileri oleh tentera rejim di wilayah Aleppo.

Serangan mengakibat dua terkorban termasuk seorang kanak-kanak.

9 kecederaan dilaporkan termasuk enam kanak-kanak di lokasi sama.

Sasaran lain termasuk daerah Ghab Plain yang terletak di barat laut Hama. – WHITE HELMET

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini