comscore
Tumpuan :
Dunia

Selatan Filipina digegarkan gempa bumi terbaru berukuran 6.9 magnitud

Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter melanda di pantai selatan Filipina. FOTO: USGS

MANILA: Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter melanda di pantai selatan Filipina, awal pagi tadi, gegaran kuat terbaru yang tertumpu di kawasan sama, mengikut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa bumi pada hari ini melanda sejurus sebelum jam 4 pagi waktu tempatan, (2000 GMT Ahad), pada kedalaman 30 kilometer (18 batu), kira-kira 72 kilometer timur laut perbandaran Hinatuan di pulau Mindanao.

Ia menyusuli gempa bumi berukuran 6.6 pada skala Richter pada Ahad dan gempa pada skala Richter 7.6 pada Sabtu di wilayah sama.

Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan beberapa lagi cedera selepas gempa semalam, kata pihak berkuasa. Ia diikuti dengan beberapa siri gegaran susulan dengan magnitud melebihi 6.0 hingga Ahad, menurut USGS.

Menurut polis, gempa pada petang Ahad menyebabkan orang ramai bergegas keluar dari rumah mereka sekali lagi, selepas berlaku pada malam sebelumnya.

Gempa bumi pada Sabtu mencetuskan amaran tsunami di seluruh rantau Pasifik dan menyebabkan penduduk di sepanjang pantai timur Mindanao melarikan diri dari bangunan, mengosongkan hospital dan mencari tempat yang lebih tinggi.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kerosakan besar pada bangunan atau infrastruktur.

Namun, beberapa jalan di bandar itu dilaporkan retak ketika gempa bumi dan gempa susulan tetapi kenderaan masih boleh melaluinya.

Institut Seismologi Filipina pada mulanya memberi amaran `tsunami yang memusnahkan’ selepas gempa pertama Sabtu, menjangkakan gelombang “mengancam nyawa”, walaupun tiada apa-apa berlaku dan amaran itu kemudian ditarik balik. – AGENSI

Loading...
Terkini