comscore
Tumpuan :
Dunia

Selepas 9 hari, misi bawa pendaki AS terperangkap gua bawah tanah selesai

Foto: Reuters

MERSIN: Setelah beberapa hari operasi pencarian, pasukan mencari dan menyelamat dari pelbagai negara akhirnya berjaya menemui pendaki gua warga Amerika Syarikat yang terperangkap di dalam gua bawah tanah sedalam 1,000 meter di selatan Turkiye.

Menurut media tempatan, Mark Dickey, 40 tahun dibawa naik oleh pasukan penyelamat antarabangsa dan dibawa ke khemah berhampiran untuk dirawat.

Dia didapati mengalami pendarahan dalaman sebaik terperangkap pada kedalaman 1,040 meter bawah tanah.

Lebih 150 penyelamat dan pakar dari beberapa negara berkampung sejak sembilan hari lalu bagi turut serta menyertai operasi mencari dan menyelamatnya.

Dickey berada di Gua Morca, wilayah Mersin, gua ketiga terdalam di Turkiye bagi menyertai misi jelajah antarabangsa bersama-sama beberapa lagi pendaki lain.

Loading...
Terkini