HOMS: Selepas Aleppo dan Hama, kumpulan pejuang pembebasan Syria semakin hampir untuk menawan bandar Homs, salah satu daripada kubu kuat tentera Presiden Bashar al-Assad.
Menurut Reuters yang memetik kenyataan kumpulan Hayat Tahrir al-Sham, HTS di laman Telegram, kumpulan terbabit sudah menawan perkampungan terakhir di pinggir luar bandar Homs dan sedang menunggu arahan selanjutnya di pintu sempadan.
Sekiranya Homs jatuh ke tangan pasukan pembebasan Syria, Homs adalah bandar ketiga yang ditawan dalam tempoh seminggu selepas Aleppo dan Hama.
Dalam pada itu, tentera Bashar al-Assad memberi amaran sekiranya kumpulan pejuang pembebasan meneruskan langkah menawan Homs, tentera Hizbullah bersiap sedia untuk menggempur mereka.
Selain Homs, kumpulan berkenaan turut mendakwa sudah menawan bandar Daraa berhampiran Jordan namun Reuters belum dapat mengesahkan kesahihan dakwaan terbabit.
SUMBER REUTERS