comscore
Tumpuan :
Dunia

Selepas bersara saya pulang ke kampung – Jokowi

Foto: NSTP

INDONESIA: Presiden Indonesia, Joko atau Jokowi hanya mahu kembali ke kampung halamannya selepas ‘bersara’ daripada arena politik.

Kenyataan beliau ketika temu bual eksklusif dengan Jakarta Post itu sekali gus menghapuskan desas-desus bahawa beliau mungkin memanfaatkan sokongan tegar penyokongnya dalam Parti Demokratik Indonesia Perjuangan (PDI-P) untuk terus mengekalkan kuasa sebagai ketua umum parti.

Namun, ternyata Solo, nama lama kampung halamannya di Surakarta di Jawa Tengah, kuat terpahat di hatinya ketika berbicara mengenai persaraan selepas menerajui Indonesia hampir dua penggal.

Di situlah bermulanya perjalanan politik bekas peniaga perabot itu dengan menyertai arena politik serantau, sebelum melonjak ke jawatan tertinggi republik itu, hingga penyokongnya merayu kepadanya menjadi presiden lebih daripada dua penggal.

Spekulasi itu bertiup kencang berhubung pucuk pimpinan PDI-P, ketika parti itu bergelut mengenai siapa akan mewarisinya, memandangkan ketua umum PDI-P, Megawati Soekarnoputri, bakal berundur tidak lama lagi.

Namun, apabila ditanya sama ada beliau boleh dipujuk untuk mengambil alih tampuk pemerintahan parti seperti yang diminta oleh kumpulan penyokong sukarela, Jokowi menolak cadangan itu.

Loading...
Terkini