comscore
Tumpuan :
Dunia

Selepas lebih sedekad, Liga Arab terima semula Syria

KAHERAH:  Selepas lebih sedekad digantung keahlian, Menteri-menteri Luar Liga Arab mencapai kata sepakat untuk menerima semula kemasukan Syria.

Jurucakap Setiausaha Agung Liga Arab, Gamal Roshdy, berkata mereka menerima desakan serantau untuk memulihkan hubungan dengan Presiden Bashar al-Assad.

Baru-baru ini, negara Arab seperti Arab Saudi dan Mesir mengalu-alukan pembabitan semula Syria dalam Liga Arab

Bagaimanapun beberapa negara, termasuk Qatar, tetap menentang normalisasi penuh tanpa penyelesaian politik kepada konflik Syria.

Setiausaha Agung Liga Arab akan membentuk kumpulan hubungan menteri untuk berhubung dengan kerajaan Syria bagi mencari penyelesaian secara berperingkat kepada krisis negara itu

Keahlian Syria dalam Liga Arab digantung pada 2011 berikutan tindakan berdarah terhadap peserta protes jalanan ke atas Assad yang membawa kepada perang saudara yang mengorbankan lebih 500,000 orang.

SUMBER REUTERS

Loading...
Terkini