comscore
Tumpuan :
Dunia

Semenanjung Minahassa, Sulawesi dilanda gempa bumi kuat

Pusat gempa bumi terletak 0.1° Selatan dan 122.9° Timur dengan kedalaman 144km iaitu 75km Selatan dari Gorontalo, Indonesia.

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat 6.2 magnitud telah melanda Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam 3:51 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, pusat gempa bumi itu terletak 0.1° Selatan dan 122.9° Timur dengan kedalaman 144km iaitu 75km Selatan dari Gorontalo, Indonesia.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi laman web jabatan berkenaan. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini