comscore
Tumpuan :
Dunia

Semua layar iklan di Baghdad ditutup, gara-gara penggodam tayang filem lucah

Gambar tular

BAGHDAD: Pihak berkuasa Iraq mengarahkan penutupan semua layar iklan elektronik di ibu negara selepas seorang penggodam menggunakan sebuah daripadanya bagi memaparkan filem lucah.

Kejadian berlaku di persimpangan utama di bandar berkenaan dan video mengenainya tersebar di media sosial.

Polis tempatan mengesahkan seorang lelaki ditahan berhubung kejadian.

Memetik laporan media antarabangsa, suspek dipercayai seorang juruteknik yang mempunyai ‘isu kewangan’ dengan syarikat pengendali layar iklan berkenaan.

Suspek dikatakan bertindak demikian sebagai balas dendam.

Sumber keselamatan yang dipetik media berkata, penggodam memaparkan filem lucah selama beberapa minit sebelum pihak berkuasa bertindak memutuskan bekalan elektrik.

Perbuatan itu seterusnya mendorong pihak berkuasa mengarahkan penutupan semua layar iklan elektronik dan menilai semua langkah-langkah keselamatan.

Loading...
Terkini