comscore
Tumpuan :
Dunia

Senarai nama berkaitan Jeffrey Epstein bakal didedahkan

FOTO: Reuters

AMERIKA SYARIKAT: Senarai nama berkaitan hartawan yang juga seorang pesalah seksual, Jeffrey Epstein akan didedahkan kepada umum tidak lama lagi.

Hakim Amerika Syarikat membenarkan pembukaan dokumen itu bulan lalu, sebagai sebahagian tuntutan mahkamah dalam pendakwaan kes yang dikemukakan oleh Virginia Giuffre.

Kertas pertuduhan mendakwa Epstein dan teman wanita yang juga rakan subahatnya, Ghislaine Maxwell pernah memperdagangkan Giuffre sewaktu dia di bawah umur.

Pendedahan ini menarik perhatian umum ekoran ia turut melibatkan 150 individu yang mempunyai kaitan dengan Epstein.

Mereka termasuk individu yang dituduh mempunyai salah laku dan yang berkerja dengan Epstein.

Turut tidak terkecuali, mangsa pemerdagangan seks serta saksi kepada jenayah yang pernah berlaku.

Epstein sebelum ini meninggal dunia dipercayai membunuh diri sewaktu berada dalam tahanan penjara Amerika sementara menunggu perbicaraan tuduhan pemerdagangan seks dan dakwaan lain.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini