Tumpuan :
Dunia

Senarai negara rakan kongsi BRICS dipersetujui – Putin

Russia akan menghantar jemputan kepada negara-negara yang berpotensi menjadi rakan kongsi BRICS.

MOSCOW: Rusia yang kini memegang jawatan pengerusi BRICS, akan menghantar jemputan kepada negara-negara yang berpotensi menjadi rakan kongsi persatuan itu, dengan senarai negara itu telah dipersetujui, kata Presiden Vladimir Putin pada majlis penyampaian surat tauliah oleh duta asing di Kremlin pada Selasa.

“Penubuhan kategori baharu bagi negara rakan kongsi telah menjadi pencapaian penting Sidang Kemuncak Kazan.

“Senarai negara calon yang berpotensi juga telah dipersetujui, yang Rusia selaku pengerusi BRICS akan menghantar jemputan yang berkaitan,” kata Putin, lapor Agensi Berita Rusia (TASS).

“Status rakan kongsi BRICS akan diberikan kepada negara-negara ini apabila menerima reaksi positif,” tambah ketua negara itu. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini