comscore
Tumpuan :
Dunia

Seorang lagi mangsa rempuhan Itaewon disahkan meninggal dunia 

Foto: AFP

SEOUL: Seorang lagi mangsa rempuhan Itaewon disahkan meninggal dunia sekali gus menjadikan jumlah korban terkini mencecah 158.

Ibu Pejabat Pencegahan Bencana dan Keselamatan Pusat hari ini memaklumkan bahawa mangsa merupakan seorang wanita tempatan berusia 20-an.

Setakat ini, seramai 132 warga Korea Selatan dan 26 warga asing terbunuh akibat kejadian rempuhan ketika sambutan perayaan Halloween di daerah Itaewon pada 29 Oktober

Prosedur pengebumian untuk 130 warga tempatan telah selesai manakala 24 mayat warga asing telah dihantar ke negara asal masing-masing.

Seramai 196 orang cedera dan 10 masih dirawat di hospital. – BERNAMA

Loading...
Terkini