comscore
Tumpuan :
Dunia

Seorang maut, 18 cedera dalam serangan ke atas Odesa, Ukraine

ODESA : Sekurang-kurangnya seorang terbunuh manakala 18 lagi cedera dalam serangan ke atas bandar Odesa di Ukraine, awal pagi Ahad.

Menurut Oleg Kiper, ketua pentadbiran tentera wilayah itu, empat daripada mereka yang cedera adalah kanak-kanak.

Menurut hantaran beliau di Telegram, serangan itu telah menyebabkan kerosakan infrastruktur, bangunan kediaman, dan tempat ibadat, termasuk Katedral Spaso-Preobrazhenskiy di bandar berkenaan, lapor Agensi Anadolu.

Mangsa yang cedera kini sedang menerima rawatan di hospital, katanya.  — BERNAMA-ANADOLU

Loading...
Terkini