comscore
Tumpuan :
Dunia

Seorang penumpang maut, beberapa lagi cedera selepas penerbangan Singapore Airlines dilanda gelora udara

PETALING JAYA: Seorang penumpang maut, manakala beberapa lagi cedera dalam penerbangan Singapore Airlines dari London akibat dilanda gelora udara.

Boeing 777-300ER ke Singapura telah dilencongkan ke Bangkok dan mendarat pada jam 3.45 petang tadi waktu tempatan.

Ia disahkan Singapore Airlines dalam satu kenyataan hari ini.

Penerbangan SQ 321 itu membawa 211 penumpang dan 18 anak kapal.

“Singapore Airlines mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. ” menurut kenyataan itu.

Syarikat penerbangan itu menambah, ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand untuk memberikan bantuan perubatan kepada penumpang dan sedang menghantar pasukan ke Bangkok untuk memberikan sebarang bantuan tambahan yang diperlukan.

Pihak berkuasa Thailand juga dilaporkan telah menghantar ambulans dan pasukan kecemasan ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini