comscore
Tumpuan :
Dunia

Serang Rusia? Putin beri amaran sokongan Barat terhadap Ukraine

Foto: Reuters

KYIV: Presiden Rusia, Vladimir Putin memberi amaran kepada Barat yang membenarkan Ukraine menggunakan senjata jarak jauh untuk menyerang sasaran ke atas Rusia.

Pada masa sama, perkara itu meletakkan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dalam situasi ‘dingin’ dengan Rusia.

Amaran keras itu dikeluarkan ketika pegawai Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) membincangkan permintaan Rusia agar mereka diberi kelonggaran mengenai peraturan penembakan senjata Barat ke Rusia.

Sementara itu, Rusia mendakwa pihaknya menawan semula sebahagian besar wilayah Kursk selepas tentera Ukraine menunjukkan beberapa kemajuan dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini.

Putin berkata demikian selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken berjanji akan segera menyemak permintaan Rusia dengan memberi lebih banyak kelonggaran berkaitan penggunaan senjata yang dibekalkan Barat untuk menyerang sasaran Rusia.

Justeru menurut Blinken, cara ketara itu akan mengubah sifat konflik berkenaan, dengan negara NATO, AS dan Eropah akan berperang dengan Rusia.

Respon Putin terhadap tindakan itu, negaranya mengambil kira perubahan sifat konflik, dan akan mengambil keputusan sewajarnya berdasarkan ancaman yang akan dihadapi.

Pada 6 Ogos lalu, Ukraine meluaskan penjajahannya dengan melancarkan pencerobohan mengejut ke wilayah sempadan Kursk di Rusia dan merampas puluhan penempatan.

Dalam pada itu, Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mengakui, tentera Moscow melakukan serangan balas dengan tindakan mereka itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini