comscore
Tumpuan :
Dunia

Serangan Bar Di Mexico Ragut 12 Nyawa

Foto: REUTERS

GUANAJUATO, Mexico: Kes tembakan di sebuah bar di bandar Irapuato, Mexico meragut 12 nyawa.

Serangan yang berlaku berlaku kira-kira jam 8 malam itu turut mencederakan tiga lagi individu.

Pihak berkuasa tempatan dalam kenyataannya berkata, usaha mencari suspek sedang giat dijalankan dengan motif serangan masih menjadi tanda tanya.

Jumlah suspek dalam serangan terbabit juga tidak dapat dipastikan.

Ini adalah kali kedua insiden tembakan rambang berlaku dalam tempoh sebulan di negeri Guanajuato.

Selain menjadi hab pengeluaran kereta jenama utama dunia, Guanajuato juga sering menjadi medan pertempuran kumpulan sindiket dadah. -REUTERS

Loading...
Terkini