comscore
Tumpuan :
Dunia

Serangan berterusan Israel ke atas Kompleks Perubatan Al-Shifa

GAZA: Palestin mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam Israel yang terus membedil Kompleks Perubatan Al-Shifa.

Rejim zionis seakan belum puas melakukan pengeboman termasuk kawasan sekitarnya untuk hari keenam berturut-turut.

Kementerian Luar dan Ekspatriat Palestin berkata Israel nekad untuk memusnahkan keseluruhan hospital itu.

Tentera Israel juga tidak menghiraukan nyawa pesakit dan membunuh ratusan insan tidak berdosa saban hari.

Serangan secara sengaja menyasarkan kemudahan perubatan nyata manifestasi genosid yang diterapkan Israel.

Pesakit bukan sahaja diancam serangan, malah turut menderita akibat kekurangan ubat-ubatan dan krisis kebuluran. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini