comscore
Tumpuan :
Dunia

Serangan buruk Israel ke atas Lubnan, AS dan Britain gesa kedua-dua pihak henti serangan 

FOTO: Reuters

LUBNAN: Israel melancarkan serangan disifatkan paling hebat ke atas selatan Lubnan sejak awal tahun ini walaupun mendapat kritikan dan tekanan dari pelbagai pihak antarabangsa.

Serangan dilancarkan dalam tempoh dua jam oleh pesawat pejuang Israel dengan lebih 100 sasaran termasuk pelancar roket milik Hezbollah yang dikatakan siap sedia melancarkan serangan.

Pertempuran di sempadan Israel-Lubnan juga menyaksikan dua pengganas rejim Israel maut.

FOTO: Reuters

Ketua Pertahanan Israel Yoav Gallant dalam pada itu berikrar akan meneruskan serangan ke atas Hezbollah.

Manakala Pemimpin Hezbollah Hassan Nasrallah pula dipetik berkata, serangan yang dilancarkan Israel tempoh hari melepasi batasan dan boleh dikira sebagai deklarasi perang.

Beliau merujuk kepada letupan ribuan alat kelui yang meragut 37 nyawa dan mencederakan kira-kira 3,000 yang lain di Lubnan.

Susulan serangan itu juga, sebuah mesyuarat tergempar bakal diadakan Majlis Keselamatam PBB, UNSC bagi mendesak tindakan keras untuk menghentikan keganasan Israel.

Dalam pada itu, Jurucakap White House Karine Jean-Pierre berkata, timbul kekuatiran peningkatan konflik antara kedua- dua pihak, namun penyelesaian mampu dicapai dengan segera.

Britain yang turut menyatakan kembinbangannya turut menggesa agar gencatan senjata segera dilaksanakan antara Israel dan Hezbollah. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini