comscore
Tumpuan :
Dunia

Serangan di wilayah tengah Gaza ragut puluhan nyawa

Foto: Reuters

GAZA: Sekurang-kurangnya 40 terbunuh dalam serangan tentera rejim ke atas penempatan penduduk di tengah-tengah Gaza.

Tujuh lagi penduduk terbunuh dalam bedilan tentera rejim ketika dalam perjalanan dari Gaza City menuju ke selatan Gaza.

Serangan di wilayah sama turut meragut nyawa beberapa lagi penduduk yang sedang beratur bagi mendapatkan bekalan bantuan .

Tentera rejim turut menyasarkan kem pelarian di az-Zawayda dengan kebanyakan mangsa yang cedera adalah kanak-kanak.

Turut jadi sasaran sebuah pangsapuri di al-Shawt di Rafah yang mengakibatkan sejumlah penduduk cedera dan dikejarkan ke Hospital Kuwaiti.

Serangan di kem pelarian Nuseirat pula mengakibatkan sejumlah kematian dan kecederaan penduduk.

Situasi tegang turut dilaporkan di wilayah Tebing Barat yang menyaksikan dua penduduk Palestin maut termasuk remaja 17 tahun akibat serangan dron yang menysarkan kenderaan mereka.

Dalam pada itu enam penduduk Palestin di tahan tentera rejim di Baitulaham dan dua lagi individu ditahan di Tulkaram dan di Kem Pelarian Dheisheh – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini