comscore
Tumpuan :
Dunia

Serangan Israel, angka korban di Lubnan meningkat lebih 1,500

FOTO: Reuters

BEIRUT: Lubnan melaporkan jumlah korban akibat serangan rejim Israel di seluruh negara itu meningkat kepada 1,540.

Unit Pengurusan Risiko Bencana dalam satu laporan menyatakan jumlah yang cedera kini mencecah 5,410.

Individu yang dipindah dan didaftarkan di pusat perlindungan rasmi juga meningkat kepada 77,100 sehingga petang Rabu.

Menurut laporan berkenaan, pusat perlindungan di kemudahan awam meningkat kepada 565 termasuk sekolah awam, kompleks pendidikan, institut vokasional dan pusat pertanian.

Ribuan lagi telah meninggalkan negara itu menyeberangi wilayah Lubnan ke Syria.

Agensi itu tidak menolak kemungkinan jumlah sebenar jauh melebihi kiraan rasmi.

Kenyataan itu turut menunjukkan dalam tempoh dua hari lalu, Keselamatan Am mendaftarkan perjalanan 15,600 warga Syria dan 16,130 warga Lubnan ke wilayah Syria.

Mengenai serangan Israel, laporan itu turut menyatakan – sejak Isnin lalu 7,034 serangan udara atau bedilan, 248 serangan bom fosforus dan 133 insiden tembakan.

Sementara itu, angka dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan susulan serangan Israel di Lubnan sejak awal Isnin mengorbankan sekurang-kurangnya 677 nyawa dan mencederakan lebih 2,500 mangsa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini