Tumpuan :
Dunia

Serangan Israel di Tulkarem ragut 2 nyawa Pejuang Hamas

FOTO: Reuters

TEBING BARAT: Serangan udara rejim Israel telah membunuh dua Pejuang Palestin di bandar Tulkarem pada hari Isnin (27 Januari), menurut Hamas,.

Insiden itu jelas menunjukkan fokus Israel di Tebing Barat sejak gencatan senjata bermula di Gaza.

Hamas, kumpulan Pejuang Palestin yang menguasai Gaza mengesahkan bahawa dua individu yang terbunuh pada Isnin adalah anggota sayap bersenjatanya.

Saksi di bandar tersebut melaporkan bahawa serbuan sedang berlangsung, namun tiada maklum balas segera daripada rejim Israel diperoleh media Reuters.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam pada itu turut mengesahkan dua kematian tanpa mendedahkan identiti mangsa.

Rakaman dari lokasi kejadian menunjukkan anggota bomba memadamkan serpihan kenderaan yang terbakar sementara orang ramai berkumpul di sekitarnya.

Di Jenin, di bahagian utara Tebing Barat operasi besar-besaran melibatkan ratusan pengganas rejim bersama kenderaan perisai, dron, dan helikopter bakal memasuki minggu kedua di wilayah itu. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini