comscore
Tumpuan :
Dunia

Serangan Israel musnahkan 180 fasiliti PBB, ragut lebih 300 nyawa – UNRWA

ISTANBUL: Sejak Oktober lalu Serangan udara Israel menyasarkan 180 kemudahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Gaza mengorbankan kira-kira 300 nyawa.

Ia termasuk beberapa kemudahan yang menjadi sasaran langsung serangan, menurut Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA).

 

Dalam satu hantaran di X, Pengarah Komunikasi UNRWA, Juliette Touma berkata seramai 1.4 juta warga Palestin di Gaza berlindung di kemudahan UNRWA dan ramai lagi di kawasan sekitar, namun sekadar tidur di luar.

Dalam satu kenyataan berasingan di X, agensi PBB itu berkata ketika dunia merayakan Sambutan Tahun Baharu, jalan raya di selatan Gaza dipenuhi dengan orang awam mencari perlindungan selepas diusir rejim, lapor Agensi Anadolu.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 21,822 warga Palestin terbunuh manakala 56,451 lagi cedera sejak 7 Oktober.

Serangan Israel mengakibatkan kemusnahan besar Gaza, dengan 60 peratus infrastruktur di wilayah itu rosak atau musnah selain hampir dua juta penduduk hilang tempat tinggal.

Lebih memilukan mereka juga amat kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.

Loading...
Terkini