comscore
Tumpuan :
Dunia

Serpihan pesawat dikeluarkan dari tasik

FOTO: AFP

BUKOBA: Serpihan pesawat Precision Air yang terhempas di Tanzania telah berjaya dikeluarkan dari Tasik Victoria.

Nahas yang disifatkan terburuk dalam tempoh beberapa dekad itu mengorbankan 19 orang Ahad lalu.

Sewaktu kejadian, pesawat itu cuba mendarat di Lapangan Terbang Bukoba namun gagal berikutan cuaca buruk.

Akibatnya ia terhempas ke tasik berhampiran.

Misi mencari dan menyelamat (SAR) yang disertai pasukan kecemasan, nelayan dan penduduk kampung berjaya menyelamatkan lagi 24 individu.

Punca sebenar tragedi masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini