comscore
Tumpuan :
Dunia

Setiausaha Pertahanan AS lawat Kemboja 

FOTO: Reuters

MOSCOW: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Lloyd Austin akan berlepas ke Kemboja hari ini sebagai sebahagian daripada lawatannya ke tiga negara, lapor Sputnik.

Ketua Pentagon itu memulakan lawatan rasminya yang ke-10 ke rantau Indo-Pasifik pada akhir minggu lalu dengan lawatan ke Singapura apabila beliau bertemu dengan ketua pertahanan Kemboja dan beberapa negara ASEAN lain.

Semasa di Kemboja, Austin akan bertemu dengan pegawai kanan selepas lawatan beliau pada November 2022 ke ibu negara Phnom Penh untuk Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN-Plus (ADMM-Plus).

Amerika Syarikat sedang berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan negara-negara Asia Tenggara di tengah-tengah persaingan yang semakin meningkat antara Washington dan Beijing. Kemboja dilihat antara sekutu terdekat China di rantau ini.

Dari Kemboja, Austin akan terbang ke Perancis untuk mengambil bahagian dalam sambutan ulang tahun ke-80 Pendaratan Normandy ketika Perang Dunia Kedua.  — BERNAMA-SPUTNIK

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini