comscore
Tumpuan :
Dunia

Shehbaz Sharif Angkat Sumpah PM Pakistan

FOTO: Reuters

ISLAMABAD: Shehbaz Sharif mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-24 Pakistan untuk penggal kedua.

Pemimpin berusia 72 tahun itu mengangkat sumpah jawatan di Istana Presiden di Islamabad yang diselia oleh Presiden Arif Alvi.

Abangnya yang juga bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif turut hadir pada majlis angkat sumpah itu bersama bekas Presiden, Asif Ali Zardari.

Shehbaz dipilih untuk jawatan tertinggi itu selepas memperoleh 201 undi di dewan rakyat untuk menewaskan pesaingnya, Omar Ayub Khan dari Parti Tehreek-E-Insaf, PTI.

Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Perdana Menteri antara April 2022 dan Ogos 2023.

Ahli ekonomi, pelabur dan modal asing kini akan memerhati pengumuman berhubung kabinet, terutamanya portfolio kewangan yang penting. – REUTERS

Loading...
Terkini