comscore
Tumpuan :
Dunia

‘Shogun’ cipta sejarah, bolot 18 trofi di Anugerah Emmy 2024

LOS ANGELES: Drama epik sejarah Jepun, ‘Shogun’ mengungguli Anugerah Emmy ke-76 di sini hari ini, apabila berjaya meraih 18 trofi, sekali gus mencipta rekod baharu dalam acara berprestij itu.

Ia adalah jumlah kemenangan tertinggi sebuah siri TV, hanya menerusi satu musim.

Dinobatkan Siri Drama Terbaik, ‘Shogun’ turut menjadi drama bukan berbahasa Inggeris pertama yang menang dalam kategori berkenaan.

Pelakon-pelakon utama ‘Shogun’, Hiroyuki Sanada dan Anna Sawai dinamakan Pelakon Terbaik (Drama), dengan Sawai turut menjadi wanita Asia pertama memenangi kategori tersebut.

Pencapaian yang diraih barisan produksi dan pelakon ‘Shogun’ mengatasi kemenangan siri ‘John Adams’ yang menjulang 13 trofi pada 2008.

Anugerah Emmy edisi kali ini juga menyaksikan pencapaian luar biasa siri ‘Hacks’ yang meraih trofi Siri Komedi Terbaik, menumpaskan ‘The Bear’.

Sementara itu, siri popular Netflix, ‘Baby Reindeer’ meraih enam trofi dalam kategori siri pendek.

Penciptanya, Richard Gadd turut menang Pelakon Lelaki Terbaik (Filem atau Siri Pendek).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini