comscore
Tumpuan :
Dunia

Sidang kemuncak iklim COP27 bermula.

Sumber: Reutersconnect

MESIR: Sidang kemuncak iklim bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), COP27 bermula hari ini dengan disertai hampir 200 negara yang sedang bergelut menangani kesan perubahan iklim.

Keadaan itu diburukkan lagi dengan krisis ekonomi global, peperangan dan pergolakan yang terus berleluasa.

Dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, pelbagai bencana berkait cuaca meragut ribuan nyawa, selain menyebabkan jutaan penduduk hilang tempat tinggal dan kerugian mencecah berbilion ringgit.

Ia termasuk bencana banjir besar di Pakistan dan Nigeria; kemarau yang kian buruk di Afrika serta barat Amerika Syarikat (AS); taufan membadai Caribbean; dan gelombang haba melanda tiga benua yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata, laporan demi laporan berkaitan perkembangan membimbangkan itu telah memberikan gambaran yang ‘jelas dan suram’.

Ujarnya, COP27 perlu meletak asas untuk tindakan lebih pantas serta berani, ketika perjuangan menangani isu iklim global berdepan penentuan genting sama ada akan memang atau kalah.

Persidangan COP27 dijadualkan berlangsung di Sharm El Sheikh, Mesir selama 13 hari.

Loading...
Terkini