comscore
Tumpuan :
Dunia

Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia: Kawalan keselamatan diperketat

MELBOURNE: Kawalan keselamatan diperketatkan sempena Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan pameran Melbourne.

Sidang khas itu akan dihoskan oleh Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese ketika negara itu meraikan ulang tahun ke-50 sebagai rakan luar pertama ASEAN tahun ini.

Sembilan pemimpin Asia Tenggara dijadual mengambil bahagian dalam sidang yang disifatkan salah satu perhimpunan diplomatik terbesar di Australia yang berlangsung mulai 4 hingga 6 Mac ini.

Pemimpin-pemimpin yang terlibat berharap dapat memperkukuhkan hubungan keselamatan dan ekonomi menerusi sidang berkenaan.

Australia juga merancang untuk mengadakan perbincangan dengan China selepas persidangan bagi membincangkan topik perdagangan, keselamatan dan lain-lain. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini