comscore
Tumpuan :
Dunia

Simon Harris catat sejarah Perdana Menteri Ireland termuda

Foto: Reuters

DUBLIN: Simon Harris dinamakan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland, sekaligus mencatat sejarah sebagai perdana menteri termuda dalam sejarah negara itu.

Harris menyandang jawatan pada usia 37 tahun.

Parti Pemerintah Ireland, Fine Gael menamakan Harris menggantikan Leo Varadkar yang meletak jawatan.

Varadkar mengumumkan peletakan jawatan secara mengejut Rabu lalu dengan memaklumkan pengundurannya atas alasan peribadi dan politik.

Beliau juga pernah menjadi tajuk utama berita pada 2017 kerana mencatat rekod sebagai Perdana Menteri termuda Ireland, pada usia 38 tahun.

Dalam pada itu, Harris menyifatkan pemilihan ini sebagai satu penghormatan mutlak dalam hidupnya selain merakamkan penghargaan atas kepercayaan yang diberi.

Justeru beliau berikrar akan membalas kepercayaan itu dengan kerja keras, penuh tanggungjawab, dan beretika.

Harris sebelum ini pernah memegang portolio Menteri Pendidikan Lanjutan dan Tinggi.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan Mei 2016 hingga Jun 2020.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini