comscore
Tumpuan :
Dunia

Sindiket dadah tumpas, kapal selam dirampas

Foto: Reuters

ECUADOR: Angkatan tentera Ecuador berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah yang turut membawa kepada rampasan sebuah kapal selam separa dan 3.2 tan dadah di perairan negara itu.

Pihak tentera berjaya memintas kapal terbabit yang terletak 32 batu nautika dari persisiran bandar Esmeralda.

Operasi itu dijalankan dengan bantuan tentera Colombia.

Dalam serbuan berkenaan, tiga lelaki warganegara Colombia diberkas dan kini berada dalam tahanan polis Ecuador.

Menurut pihak berkuasa, dadah yang dirampas dianggarkan berjumlah AS$50 juta.

Loading...
Terkini